mutakhir

3 lagi tahanan pelarian Rohingya ditahan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Tiga lagi tahanan pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Rabu lalu ditahan semula semalam.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan perkara itu dan sehingga ini 69 lagi tahanan masih diburu polis.

Beliau berkata, operasi akan diteruskan di lokasi tertentu dalam Op Kesan yang dilakukan membabitkan polis dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam kejadian Rabu lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, 459 orang berjaya ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis.

Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 11:12am
d