mutakhir

Kesihatan sistem penghadaman kunci berpuasa dengan selesa

Oleh Nur Amirah Abd Rani

ANTARA masalah yang boleh mengganggu kelancaran ibadah seseorang sepanjang Ramadan adalah masalah gastrik dan sembelit. 

Bagi individu yang mempunyai perut sensitif, sakit melampau boleh mengganggu aktiviti seharian. 

Ini kerana tubuh seseorang akan mengalami perubahan terutama pada enzim perut yang biasanya dihasilkan secara normal untuk mencerna makanan. 

Antara cara mudah untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman sepanjang berpuasa adalah dengan mengamalkan yogurt. 

Bakteria baik yang terkandung dalam yogurt boleh membantu meningkatkan kesihatan pencernaan. 

Lactel pilihan sihat dan tepat

Selain yogurt, minuman yogurt juga boleh dijadikan sebagai hidangan sahur yang membekalkan nutrisi serta melindungi usus ketika berpuasa. 

Umum mengetahui, minuman dan yogurt dari pembekal produk tenusu berkualiti terkemuka, Lactel mempunyai produk dengan kandungan khasiat yang boleh dijadikan satu pilihan untuk bersahur dan berbuka puasa bagi mengekalkan kesihatan usus.

Bagi penggemar minuman yogurt, anda juga boleh menikmati air minuman Bliss ketika bersahur dan berbuka puasa dengan perisa edisi terhad Bliss Kurma Gula Melaka atau Lactel Temptation dengan rasa lebih berkrim. 

Selain itu, air minuman yogurt Lactel edisi Temptation juga hadir dengan tiga perisa baharu iaitu rasa Asli, Strawberi dan buah Markisa. 

Manakala, Yogurt Lactel Nat Set pula mempunyai tekstur set dan rendah lemak dengan dua pilihan perisa iaitu perisa Asli dan Lemon. 

Pilihan perisa ini dihasilkan dengan puri buah-buahan sebenar tanpa sebarang pemanis tiruan tambahan. 

Selain dijadikan snek, yogurt Nat Set perisa Asli juga sesuai digunakan dalam masakan seperti Rendang serta dijadikan bahan untuk membuat kuih raya. 

Untuk mendapatkan ilham penggunaan yogurt dalam masakan, anda boleh layari https://lactel.com.my/recipes/ untuk resipi yang mudah dan sihat. 

Maklumat lanjut mengenai kempen Dengan Lactel, Ini Barulah Raya!, boleh layari https://lactel.com.my/ms/event/ini-barulah-raya/

Orang ramai boleh mendapatkan yogurt dan air minuman Bliss di semua pasar raya utama berdekatan anda.

Disiarkan pada: April 28, 2022 @ 2:43pm
d