mutakhir

Grab tawar ganjaran eksklusif kepada rakan pemandu, penghantar sempena Aidilfitri

Oleh Nurshafika Suhaimi

DALAM bergembira menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi, masyarakat haruslah ingat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Selain melakukan amal ibadah seperti berpuasa, kita juga digalakkan untuk bersedekah bagi merebut ganjaran pahala pada Ramadan dan Syawal yang mulia ini.

Prihatin dengan perkara ini, Grab Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen 'Jimat-Jimat, Ingat-Ingat' bagi menjemput orang ramai meneruskan amal kebajikan mereka.

Melalui inisiatif ini, pengguna Grab boleh menikmati pelbagai diskaun dan penjimatan atas perkhidmatan Grab dan menyumbang GrabRewards untuk amal kebajikan. 

Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat oleh rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan hari raya.

Baju batik edisi terhad

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Grab turut melancarkan usaha lain dalam kempen 'Pesta Raya Dengan Grab' untuk memastikan komuniti pemandu dan rakan penghantar Grab juga diingati.

Grab akan memberi ganjaran baju batik edisi terhad eksklusif direka oleh Firdaus Nordin kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi.

Firdaus merupakan seorang artis yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan karya-karya ikon dan warisan tanah air.

Firdaus Nordin 

Kolaborasi terdahulu bersama rakan-rakannya, yang menampilkan wajah para pemimpin Malaysia, mendapat ulasan yang positif dan tular di media sosial.

Menurut Firdaus, artis muda berasal dari Pauh, Perlis ini berkata baju batik, "Indera Bayu" diinspirasikan daripada negeri di dalam Malaysia iaitu "Indera" dipetik daripada nama negeri Perlis Indera Kayangan dan "Bayu" daripada negeri Sabah Di Bawah Bayu. 

"Konsep yang saya pilih di dalam lakaran design ini adalah flora yang mempunyai sifat kehijauan dedaunan dan bunga.

"Konsep ini diinspirasikan oleh isu semasa sekarang yang mana kira sedar, bumi sedang berhadapan dengan pemanasan global yang semakin dahsyat.

"Dari segi Psikologi pula, warna hijau dapat memberi perasaan yang tenang dan lapang kepada manusia. Maka secara tidak langsung, corak ini sangat mesra dengan kehidupan manusia dan alam", katanya

Lebih daripada 1,200 baju akan diberikan sebagai ganjaran kepada rakan pemandu dan rakan penghantar di seluruh negara dengan tempahan atau pesanan terbanyak.

Bukan itu sahaja, Grab juga akan memberi tawaran istimewa dan eksklusif untuk rakan Grab melalui GrabBenefits, bertujuan menjaga kebajikan rakan Grab dari segi Perlindungan, Simpanan dan Akademi.

Perlindungan

Perlindungan kemalangan peribadi percuma atau bercaj untuk rakan penghantar Grab dan ahli keluarga mereka. 

Kemudahan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (tambahan 10 peratus oleh Grab bagi yang layak) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Penjimatan

Jimat kos harian dengan diskaun untuk petrol, barangan keperluan, pembaikan kereta dan banyak lagi! Guna Shop Now, Pay Later (Beli Dahulu, Bayar Kemudian) untuk lebih fleksibiliti. 

Akademi

Rakan penghantar Grab juga berpeluang meningkatkan kemahiran dengan kursus-kursus seperti latihan celik digital (Microsoft), latihan celik kewangan (Standard Chartered) dan banyak lagi secara percuma.

Di samping itu, pelbagai tawaran hebat ditawarkan untuk pemandu dan rakan pengantar Grab setiap bulan berdasarkan prestasi mereka pada bulan sebelumnya mengikut peringkat Member, Silver, Gold dan Platinum.

Klik sini untuk ketahui manfaat eksklusif dengan GrabBenefits

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari https://www.grab.com/my/campaign/main-jimatjimat/.

Disiarkan pada: April 29, 2022 @ 3:56pm
d