mutakhir

Perhilitan siasat video tular buaya

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Bagan Datuk: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menyiasat video kemunculan seekor buaya di Sungai Perak berhampiran pembinaan jambatan menghubungkan Bagan Datuk dan Kampung Sejagop, di sini, seperti tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima aduan rasmi berkenaan perkara itu.

Menurutnya, lokasi terbabit adalah habitat reptilia itu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang provokasi jika melihat buaya di kawasan berkenaan.

"Saya sudah minta kakitangan ke lokasi bagi siasatan lanjut. Jangan membuat provokasi (jika terserempak dengan haiwan terbabit)," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu video berdurasi 13 saat memaparkan seekor buaya di kawasan pembinaan jambatan terbabit tular di media sosial.

Video itu dipercayai dirakam orang awam atau pemancing namun tiada kejadian buruk berlaku.

Disiarkan pada: May 18, 2022 @ 4:44pm
d