mutakhir

Lelaki ditemukan mati dalam kereta mewah

Oleh Safeek Affendy Razali

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah kereta mewah di hadapan sebuah pusat hiburan KTV di Jalan Pudu, di sini, petang tadi.

Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

"Berdasarkan siasatan awal, kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat dari semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

"Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemukan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL ditalian 03-21159999.

Disiarkan pada: May 30, 2022 @ 11:16pm
d