mutakhir

Tanah mendap, jalan ke Kuala Pilah ditutup

Oleh Mohd Amin Jalil

Tampin: Kejadian tanah mendap susulan hujan lebat menyebabkan jalan serta jambatan berhampiran Kampung Sri Repah di sini, tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Susulan itu semua pengguna jalan raya dari daerah ini yang menghala ke Kuala Pilah dinasihatkan menggunakan Jalan Ulu Yoh - Air Mawang.

Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, Muhamad Affandi Abdul Hafiz, berkata kejadian mendapan itu dikesan berlaku pada jam 7.30 pagi tadi.

Menurut Muhamad Affandi, jarak kawasan yang terbabit adalah 33.3 kilometer (km) dengan 30 meter kedalaman paras air.

"Laluan berkenaan kini ditutup bagi semua kenderaan sebagai langkah keselamatan pengguna.

"Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Ulu Yoh-Air Mawang untuk menuju kedua-dua destinasi.

"Lawatan ke lokasi sudah dilakukan bagi melihat struktur berkaitan dan seterusnya ia akan dibawa kepada peringkat pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

"Kami juga sudah memasang papan tanda amaran di lokasi kejadian untuk memastikan tiada kalangan pengguna menggunakan laluan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Disiarkan pada: June 23, 2022 @ 4:11pm
d