mutakhir

Keputusan STAM 2021 diumum 30 Jun ini

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, calon boleh memeriksa bermula jam 10 pagi pada hari berkenaan manakala calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada tarikh sama.

"Selain itu, calon sekolah atau persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah lain iaitu secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my bermula jam 10 pagi 30 Jun sehingga jam 6 petang 6 Julai.

"Calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAM

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi 30 Jun sehingga 6 petang 6 Julai," katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM sebelum ini memaklumkan seramai 7,277 calon menduduki STAM yang diadakan pada 29 Mac hingga 7 April lalu di 236 pusat peperiksaan seluruh negara.

Disiarkan pada: June 23, 2022 @ 6:39pm
d