mutakhir

Polis siasat kematian guru

Oleh Melvin Joni

Miri: Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian guru lelaki di Hospital Miri di sini, 21 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, siasatan dibuat susulan laporan diterima pada petang 22 Jun berkait kematian guru berusia 38 tahun itu.

"Individu yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes terbabit hingga mengganggu siasatan.

Terdahulu tular di media sosial mengenai seorang guru dipercayai membunuh diri akibat tekanan kerja dan keletihan.

Dakwaan menyebabkan keluarga mendiang mendesak pihak berkuasa termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Miri melakukan siasatan lanjut.

Disiarkan pada: June 30, 2022 @ 4:52pm
d