mutakhir

Suspek bakar pondok direman 4 hari

Oleh Izad Thaqif Hassan

Sungai Petani: Peniaga kedai makan yang disyaki membakar pondok dan memecahkan cermin kenderaan di Taman Seri Astana direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Muhammad Aliff Abdul Aziz.

Suspek yang memakai baju lokap dilihat tiba di mahkamah dengan tangan bergari dan diiringi polis pada 9 pagi sebelum proses permohonan reman terhadapnya selesai dua jam kemudian.

Menyedari kehadiran petugas media yang merakam wajahnya, suspek terus menanggalkan pelitup muka dan meminta supaya gambarnya ditularkan di media sosial.

Lelaki berkenaan memberitahu jika gambarnya ditularkan ia memudahkan orang ramai untuk mengenalinya.

Dalam kejadian 10.20 pagi semalam, suspek membawa parang sebelum membakar pondok di belakang kedai makan miliknya apabila gagal mencari isteri yang keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: July 12, 2022 @ 3:29pm
d