mutakhir

Seorang rentung, kemalangan empat kenderaan

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), arah Pasir Gudang Menghala ke Bakar Batu, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu BMW, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Katanya, mangsa yang rentung sebanyak 90 peratus, tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.

"Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Perodua Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.

"Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran," katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2022 @ 10:02am
d