mutakhir

My Test bantu pembelajaran ujian berkomputer kelas memandu

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan (WP) Bhd memperkenalkan kad 'My Test' bagi memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer.

My Test adalah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer.

Pengerusi Koperasi JPJ WP Bhd Mohammad Suhaime Ismail berkata, penggunaan kad itu adalah memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan.

"Calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit.

"Calon boleh cuba menduduki ujian 'My Test' sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar.

"Mereka boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, calon yang menggunakan 'My Test' mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus berdasarkan percubaan calon yang gagal sehingga enam kali sebelum ini.

"Calon berkenaan mampu lulus ujian sebenar selepas tiga kali melalui ujian 'My Test'.

"Kad ini mempunyai tiga jenis iaitu untuk kereta sahaja; untuk motosikal sahaja dan untuk kereta dan motosikal," katanya.

Kad 'My Test' boleh dibeli pada harga RM10 menerusi talian 019-696 9763.

Disiarkan pada: July 27, 2022 @ 7:59pm
d