mutakhir

Pesawat terhempas milik BATS Aviation

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Pesawat ringan PA28 (9M BAA) yang terhempas sehingga mengakibatkan seorang jurulatih penerbangan maut di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini malam tadi dimiliki oleh BATS Aviation Sdn Bhd.

BATS Aviation Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, pesawat itu berlepas dari Runway 04 pada 8 malam.

"Krew BATS mengeluarkan panggilan kecemasan (mayday) pada 8.07 malam dan hilang hubungan.

"Dua jurulatih BATS terbabit dalam kecelakaan ini, seorang juruterbang terkorban manakala seorang lagi juruterbang berada dalam keadaan kritikal dan menerima bantuan perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Katanya, kemalangan itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa, polis, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

"Punca nahas itu akan disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

"BATS Aviation akan memaklumkan kepada media mengenai sebarang maklumat terkini," katanya.

Disiarkan pada: August 2, 2022 @ 10:27am
d