mutakhir

2 bomba dibuang kerja masalah disiplin, 7 lagi menyusul [METROTV]

Oleh Nazdy Harun

Kuala Nerus: Dua daripada sembilan anggota bomba yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah, tidak hadir tugas dan penipuan dokumen kerajaan sudah dibuang kerja manakala bakinya sedang dalam proses untuk diambil tindakan sama.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu Md Haliman Abd Rashid berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan masalah disiplin yang berlaku ke atas pegawai dan anggotanya.

Menurutnya, satu daripada tujuh anggota yang bermasalah digantung tugas manakala kertas siasatan masih dijalankan dengan teliti bagi proses membuang bagi tujuh lagi kakitangan yang melanggar disiplin pasukan.

"Kebanyakan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan tidak hadir tugas manakala bagi yang menipu dokumen kerajaan iaitu cuti sakit juga berlaku dalam kalangan anggota kami.

"Kesemua kes ini disiasat sejak tahun lalu dengan melalui prosedur yang ketat kerana untuk membuang seseorang kakitangan awam bukannya mudah kerana perlu melalui proses yang lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 Tahun 2021 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 10:13pm
d