mutakhir

Sektor pencarian dua nelayan hilang diperluas [METROTV]

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Operasi Carilamat dua mangsa tragedi bot karam diperluas sehingga 169.3 batu nautika dari lokasi hilang di perairan Pulau Redang.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, pencarian disambung semula bermula 7 pagi tadi.

"Setakat ini operasi Carilamat masih diteruskan walaupun pasukan berhadapan dengan keadaan cuaca termasuk ketinggian ombak antara 0.5 meter dan 1.0 meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, 77 anggota pasukan Carilamat terbabit operasi itu termasuk enam penyelam dan enam aset.

Dalam kejadian Isnin lalu, bot dinaiki enam nelayan dari Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan karam dipukul ribut ketika berlabuh seketika untuk solat.

Tiga nelayan ditemui lemas, semalam, seorang terselamat dan dua lagi hilang dipercayai terperangkap dalam bot.

Disiarkan pada: August 11, 2022 @ 1:48pm
d