mutakhir

Pemimpin Umno jumpa PM malam ini

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Kenderaan membawa beberapa pemimpin Umno dilihat memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana di sini, sejak jam 6 petang tadi.

BH Online melaporkan antara yang kelihatan ialah kenderaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pada kira-kira jam 6 petang.

Sejam kemudian, dua kenderaan jenis Toyota Vellfire berada di hadapan balai pengawal kompleks berkenaan namun tidak dapat dipastikan siapa yang dibawa.

Sementara itu, sumber mengesahkan pertemuan antara pemimpin berkenaan akan berlangsung mulai jam 8 malam ini.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin tertinggi Umno dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malam ini.

Sumber dalaman Umno menyebut, pertemuan itu dibuat selepas Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bera tidak menghadiri pertemuan tergempar ketua bahagian bersama pemimpin parti di ibu pejabat Umno, hari ini.

Disiarkan pada: August 22, 2022 @ 8:32pm
d