mutakhir

PM nafi ugutan dipecat Umno [METROTV]

Oleh Rohaniza Idris

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud desakan untuk beliau dipecat sebagai Naib Presiden Umno sekiranya tidak menunaikan permintaan parti supaya membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini berlangsung dalam keadaan mesra.

"Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra. Tak ada isu. Kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Perdana Menyeri ditanya desas desus yang menyatakan mesyuarat MKT, Sabtu lalu mendesak dan mengugut beliau dipecat sebagai Naib Presiden jika tidak membubarkan Parlimen dengan segera.

Sabtu lalu, MKT Umno bermesyuarat selepas 158 Ketua Bahagian Umno membuat desakan pembubaran segera Parlimen, selain hasrat yang sama dikemukakan akar umbi yang hadir taklimat khas presiden.

Disiarkan pada: August 30, 2022 @ 2:46pm
d