mutakhir

Maut digigit anjing liar

Oleh Abdul Rahemang Taiming

Semporna: Wanita ditemui maut dengan badannya penuh gigitan haiwan dipercayai diserang anjing liar berhampiran simpang Kampung Batu di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira 8 pagi.

Katanya, mangsa ditemukan tertiarap dan tidak bernyawa, manakala pemeriksaan lanjut mendapati dia berusia 29 tahun.

"Terdapat banyak kesan gigitan haiwan pada tubuh badan mangsa, termasuk di belakang badan, paha kanan, lengan kanan dan kepala, yang disyaki gigitan anjing liar.

"Bedah siasat yang dijalankan pakar Hospital Queen Elizabeth mengesahkan punca kematian akibat pendarahan disebabkan gigitan haiwan dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) orang ramai dinasihati membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya mengesan kehadiran anjing liar yang boleh membahayakan nyawa.

Disiarkan pada: September 7, 2022 @ 1:57pm
d