mutakhir

MPKB-BRI akui terima surat Nik Abduh

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengesahkan menerima surat permohonan daripada Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz berhubung kemudahan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, pihaknya menerima surat permohonan berkenaan, namun tidak membuat sebarang keputusan.

"Pejabat saya terima surat tu, (tetapi) saya tak catat luluskan pun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular surat permohonan bertarikh 20 September lalu daripada Nik Abduh kepada MPKB-BRI bagi memohon kemudahan majlis anak beliau termasuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan bantuan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas.

Majlis perkahwinan itu dikatakan berlangsung bermula 11 pagi hari ini hingga 5 petang.

Disiarkan pada: September 24, 2022 @ 11:37am
d