mutakhir

2 maut rempuh lori parkir

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Seorang lelaki warga India dan seorang wanita maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka melanggar belakang lori kontena yang di parkir di bahu jalan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini, pagi ini.

Mangsa yang maut adalah Venkatachalm, 33, dan wanita tempatan, M Thevamalar, 42.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.04 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Laporan awal kemalangan membabitkan kereta perodua Myvi dinaiki mangsa melanggar belakang lori kontena terbabit.

"Mangsa tersepit di ruang hadapan kereta. Mereka yang parah dibawa keluar bomba pada 3.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: September 25, 2022 @ 8:43am
d