mutakhir

Lelaki tertimbus di bangunan dalam pembinaan

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya seorang mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan sedang dalam pembinaan di Oxley Towers, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.23 tengah malam tadi.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di tingkat 51.

"Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai sudah tertimbus," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba.

Operasi dibantu pasukan dari pelbagai agensi termasuk Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa).

Disiarkan pada: September 27, 2022 @ 9:12am
d