mutakhir

Mangsa banjir di Johor meningkat 245 orang

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Mangsa banjir kilat di negeri ini meningkat kepada 245 orang (72 keluarga), yang kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang, Kulai dan Pontian.

Jumlah itu setakat 10 malam berbanding 75 mangsa (34 keluarga) pada 8 malam.

PPS terbaharu dibuka pada 6.30 petang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di Kulai yang menempatkan 150 mangsa (38 keluarga).

Dua PPS di Kluang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam menempatkan 32 mangsa (15 keluarga) dan SK Sungai Linau (11 mangsa, tiga keluarga).

Sebuah PPS dibuka di Pontian membabitkan 52 mangsa daripada 16 keluarga (SK Melayu Raya).

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), banjir kilat melanda menjejaskan kawasan rendah di daerah itu berikutan hujan lebat melebihi dua jam, dan bertembung dengan air pasang besar.

Disiarkan pada: October 2, 2022 @ 11:41pm
d