mutakhir

Subahan dilantik Pengerusi Perkeso

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kuala Lumpur: Datuk Seri Subahan Kamal dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) baharu berkuat kuasa hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, Subahan menggantikan Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, bulan lalu.

"Saya percaya dengan pengalaman (Datuk Seri) Subahan dalam pelbagai bidang akan membawa nafas baharu kepada Perkeso.

"Saya juga yakin beliau akan membawa perubahan yang baik kepada pertubuhan ini sejajar perkembangan semasa," katanya pada sidang media hari ini.

Subahan ketika ini juga turut memegang jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Disiarkan pada: October 6, 2022 @ 2:55pm
d