mutakhir

Polis buru lelaki pencetus rusuhan di Bintulu

Oleh Erika George

Bintulu: Suspek utama kes rusuhan dan khianat di Bintulu kini diburu polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek dikenali sebagai Rimong Judan, 36, yang mana alamat terakhir di Bandar Jaya, Jalan Tun Hussein Onn.

"Saya berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK).

"Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Lai Mei Ching di talian 014-8763824 atau menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304," katanya.

Pada malam Ahad, tular beberapa rakaman video memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis di Bintulu yang mana turut membabitkan insiden rempuhan kenderaan.

Disiarkan pada: October 10, 2022 @ 2:41pm
d