mutakhir

Pas kekal tidak bubar Dun Kelantan, Terengganu, Kedah [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Pas mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah pentadbiran parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas turut membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah.

Beliau berkata, selain itu, mesyuarat juga memutuskan akan memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

"Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi antaranya Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Disiarkan pada: October 13, 2022 @ 3:41pm
d