mutakhir

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang antara ditahan minum arak di kelab malam

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang antara individu beragama Islam yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah kelab malam di Lebuh Chulia di sini, awal pagi tadi.

Operasi Bersepadu yang dijalankan pada jam 1.30 pagi itu dilakukan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Katanya, fokus operasi kali ini membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu minum minuman memabukkan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Timur Laut bagi ujian saringan.

"Kesemua yang ditahan juga diberikan kaunseling," katanya di sini, hari ini.

Turut dirampas ialah minuman arak yang diminum individu beragama Islam terbabit.

Disiarkan pada: October 16, 2022 @ 11:53am
d