mutakhir

PPIM prihatin rungutan kenaikan harga makanan

Oleh Adibah Hani Hasnan

Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan kedai makan merungut mengenai isu kenaikan harga makanan walaupun harga barang kawalan sudah terkawal dan tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, terdapat juga ciapan daripada beberapa pengguna Twitter, mereka merungut kenaikan harga makanan menjejaskan hasrat mereka untuk menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Berikutan itu, seperti yang dikatakan oleh pengguna sosial media, harga makanan tetap mahal walaupun harga ayam sudah menurun.

Menurut akhbar tempatan pada Jun lalu, harga ayam segar diramal melonjak melebihi harga RM12 pada 1 Julai berbanding harga ayam sudah menurun kepada jualan harga siling terkini RM 9.40 sekilo.

Selain itu, telur ayam gred A sepapan dijual pada harga siling RM13.50.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pembentukan budaya sangat penting serta masyarakat perlu dididik untuk mematuhi undang-undang kerajaan.

"Konsep pembentukan budaya ini perlu dititik beratkan kepada semua masyarakat, bukan sahaja tertakluk kepada peniaga kedai makan sahaja.

"Undang-undang kerajaan tidak cukup untuk mendidik rakyat," katanya, hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof, berkata, ayam dan telur diteruskan pewartaannya sebagai barangan harga terkawal yang dikuatkuasakan mulai 12 Oktober lalu.

"Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDNHEP di portal rasmi www,kpdnhep.gov.my," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: October 19, 2022 @ 6:09pm
d