mutakhir

Polis bantuan maut, kereta dipandu bertembung bas

Oleh Paya Linda Yahya

Gua Musang: Polis bantuan maut selepas kereta dipandu bertembung dengan bas dan di Kilometer (km) 33 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, Mohammad Hafizul Shazali, 20, yang bertugas di Felda Aring 6 parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Felda Chiku 2 untuk pulang ke rumah.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Persona dipandu cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan menyebabkan kereta mangsa terbabas ke kiri jalan dan mangsa tersepit. Dia dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: October 23, 2022 @ 9:57am
d