mutakhir

Malaysia kongsi ilmu di WSSF 2022

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyertai Persidangan International Social Security Association (ISSA) dan World Social Security Forum 2022 (WSSF 2022) yang diadakan di Maghribi, baru-baru ini.

Pada persidangan itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed Mohammed Azman berkongsi pengalaman PERKESO yang menggabungkan elemen digital serta kemahiran manusia dalam pengurusan menerusi Program Social Synergy dan Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MYFutureJobs, dalam sesi plenari, bertema "Social security management in the human-digital age."

Sepanjang WSSF 2022, beberapa pegawai kanan daripada PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menyampaikan penemuan hasil penyelidikan dan inovasi masing-masing yang memberikan manfaat kepada kumpulan sasar serta pemegang taruh.

Selain itu, Pusat Rehabilitasi Perkeso juga dijemput untuk membuat demonstrasi rehabilitasi robotik yang canggih pada persidangan itu untuk berkongsi kemajuan dan dinamisme perlindungan keselamatan sosial Malaysia.

Persidangan berkenaan dihadiri oleh 321 ahli daripada 161 negara yang menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengamal keselamatan sosial seluruh dunia.

Persidangan Agung ISSA dan WSSF 2022 pada kali ini dianjurkan oleh agensi keselamatan sosial Maghribi, CDG Prévoyance dengan tema, "Social security for resilient and inclusive societies".

Disiarkan pada: October 30, 2022 @ 10:24am
d