mutakhir

Mohd Rafiq umum keluar Bersatu

Oleh Amir Mamat

Melaka: Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media khas di Pantai Puteri, di sini hari ini.

Peletakan jawatan itu susulan beliau tidak dicalonkan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi kerusi Parlimen Tangga Batu, meskipun sudah dijanjikan oleh pucuk kepemimpinan parti itu sebelum ini.

Malah, beliau sebaliknya dicalonkan di kerusi lain termasuk di Bagan Datuk, Perak.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: October 30, 2022 @ 4:40pm
d