mutakhir

PRU-15: Helikopter bawa 10 kotak undi ke penempatan Orang Asli [METROTV]

Oleh Paya Linda Yahya

Gua Musang: Sebanyak sepuluh peti undi dibawa masuk menggunakan helikopter Weststar AW139 ke enam pos orang Asli di daerah ini sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok.

Pegawai Pengurus P032 Gua Musang, Ab Pattah Hasbullah berkata, penerbangan pertama bermula jam 10 pagi tadi.

"Proses menghantar peti undi ke enam Pos Orang Asli itu membabitkan enam penerbangan menggunakan helikopter Weststar AW139.

"Penerbangan ke Pos Simpor dan Gob membawa kesemua petugas masing-masing seramai tujuh dan sepuluh petugas.

"Manakala pagi peti undi lain, hanya membawa masuk peti undi, polis pengiring, polis komunikasi, Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Kerani Pengundian 1 (KP 1)," katanya ketika ditemui di Pusat Sivik, di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak 43 buah kenderaan pacuan empat roda turut digunakan untuk menghantar petugas masuk ke Pos Orang Asli.

"Bagi pos lain seperti Pos Balar, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Belatim yang membabitkan 80 petugas dibawa masuk dengan menggunakan pacuan empat roda

"Pos Balar, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Simpor menerima dua peti undi, manakala masing-masing satu di Pos Gob dan Pos Belatim," katanya.

Disiarkan pada: November 18, 2022 @ 6:48pm
d