mutakhir

PRU-15: Saravanan kekal di Parlimen Tapah

Oleh Rosman Shamsudin

Tapah: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tapah yang disandang selepas meraih majoriti 5064 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah itu meraih undi 18, 398 undi dalam saingan enam penjuru menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), K Saraswathy (13,334) kemudian calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad (12,115), calon Pejuang , Mior Nor Haidir Suhaimi (335), calon Warisan, Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin (200) dan calon Bebas , M Kathiravan (99).

Kejayaan ini cukup manis bagi beliau kerana berjaya mempertahankan empat penggal kerusi Parlimen terbabit.

Disiarkan pada: November 20, 2022 @ 2:44am
d