mutakhir

Sultan Johor ucap tahniah

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah Sultan Ibrahim itu disampaikan dalam bentuk poster infografik yang dimuatnaik di akaun Facebook rasmi baginda.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim turut mengucapkan tahniah atas perlantikan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sebagai Perdana Menteri

"Tahniah YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10," titah baginda dalam muat naik di akaun Facebook rasmi, hari ini.

Disiarkan pada: November 24, 2022 @ 7:09pm
d