mutakhir

Kuala Kedah alami limpahan air pasang besar

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kuala Kedah: Air pasang besar yang memasuki hari kedua, hari ini menyebabkan paras air laut lebih tinggi berbanding semalam yang menjejaskan kawasan sekitar termasuk pekan Kuala Kedah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, paras air laut dicatatkan 2.99 meter (m) berbanding 2.95m semalam.

"Terdapat sedikit limpahan air di pekan Kuala Kedah dan Pasar Kota Marina kesan daripada air pasang besar ini, selain kenaikan paras air di Terminal Feri Kuala Kedah dan Taman Seri Putra Kuala Kedah.

"Bagaimanapun, rumah dan premis perniagaan hanya terjejas di kawasan luar sahaja, malah aktiviti setempat berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya jika air laut memasuki kediaman.

Disiarkan pada: November 25, 2022 @ 9:24am
d