mutakhir

Bayi 15 bulan korban pertama banjir Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Pasir Mas: Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh di sini, tengah hari ini.

Kejadian pada 1 tengah hari itu menjadikan bayi itu adalah korban pertama banjir di Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata, mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum dilaporkan terjatuh.

"Bagaimanapun, kejadian mangsa terjatuh tidak disedari oleh kakaknya sebelum nenek mangsa menyedari cucunya tiada dan bertindak mencari di keseluruhan rumah.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba mayat mangsa sudah ditemui penduduk kampung dan mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: December 19, 2022 @ 4:56pm
d