mutakhir

Feri ikonik Pulau Pinang akan beroperasi semula?

Oleh BERNAMA

Georgetown: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berharap Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan bersiap sedia untuk melaksanakan apa-apa keputusan yang bakal diambil oleh Kerajaan Perpaduan berhubung perkhidmatan feri ikonik negeri.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali berhubung feri ikonik yang ditamatkan perkhidmatan pada 2020.

"Kami sudah adakan satu perbincangan yang konstruktif... saya hanya lahirkan harapan kepada SPPP bahawa sekiranya kerajaan buat apa-apa keputusan, mereka harus bersiap sedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim tidak mendedahkan sama ada perkhidmatan feri ikonik ini akan kembali beroperasi pada masa hadapan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang beroperasi lebih 126 tahun, ditamatkan pada 2020 dan perkhidmatan feri sedia ada hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala bot laju untuk membawa penumpang individu.

Disiarkan pada: January 2, 2023 @ 5:57pm
d