mutakhir

Pemandu lori di bawah pengaruh alkohol

Oleh Mary Victoria Dass

Iskandar Puteri: Pemandu lori berusia 41 tahun yang memandu secara lawan arus di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua didapati di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kejadian berlaku pada 4.30 petang membabitkan sebuah lori bernombor pendaftaran JQD 7966 dengan dua kereta.

"Siasatan awal mendapati kemalangan di percayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

"Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.

"Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan itu," katanya.

Beliau berkata, pemandu Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

"Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

From: Mary Victoria

Disiarkan pada: January 3, 2023 @ 9:03pm
d