mutakhir

MBPP nafi video tular anjing menderita bawah kendalian mereka

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan video tular mengenai tempat kurungan anjing yang didakwa di bawah kendalian mereka.

MBPP menerusi kenyataannya juga mengesahkan bahawa video berkenaan adalah palsu.

MBPP berkata pada masa ini, pihaknya sedang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), International Aid for the Protection and Welfare of the Animals (IAPWA).

"Kerjasama itu adalah bagi menangani isu anjing liar dan terbiar di kawasan pentadbiran dengan kaedah yang berperikemanusiaan.

"Anjing yang ditangkap mempunyai ruang kurungan selesa dan diberi makanan sebanyak dua kali setiap hari.

"Orang awam disaran supaya tidak menyebar maklumat yang tidak benar," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Video yang tular itu turut dihantar bersama pesanan teks yang mendakwa anjing berkenaan sedang menderita dan meminta supaya ia diselamatkan.

Disiarkan pada: January 14, 2023 @ 6:07pm
d