mutakhir

Siasatan dua kebakaran Wisma Jakel hampir selesai

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkaitan dua kejadian kebakaran di Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini, pada awal bulan ini sudah hampir selesai.

Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, proses siasatan kejadian itu sudah di peringkat akhir sebelum dilengkapkan.

"Laporan siasatan sedang dilengkapkan dan dijangka selesai dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina 2023 di pusat beli belah Ikano Damansara di sini, hari ini.

Pada 1 Januari lalu, Wisma Jakel yang dianggarkan bernilai RM100 juta terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi.

Kebakaran di bangunan tiga tingkat berkenaan dipercayai bermula di tingkat satu iaitu bahagian pakaian lelaki dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Dua hari selepas kejadian, satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi di tingkat tiga pula dilaporkan terbakar pada jam 12.40 tengah malam, 3 Januari.

Disiarkan pada: January 18, 2023 @ 4:49pm
d