mutakhir

Jatuh mahu ambil bola dalam tasik, remaja lemas

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kuala Ketil: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Absyar Roslan dikatakan hendak mengambil bola yang dipercayai terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.28 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Aslan Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Operasi mencari mangsa terbabit menggunakan teknik 'graping iron' dan p pencarian di permukaan air.

"Setakat ini operasi masih berjalan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani dipanggil untuk membantu pencarian mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rahimi berkata, operasi pencarian setakat ini disertai lapan anggota bomba.

Disiarkan pada: January 27, 2023 @ 2:44pm
d