mutakhir

Pengerusi pertubuhan belia direman, seleweng wang RM75,000

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Pengerusi pertubuhan belia di Johor ditahan kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk menyeleweng wang berjumlah RM75,000 untuk kegunaan sendiri.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu yang dipercayai penjawat awam ditahan ketika memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, kelmarin.

Perintah tahanan remannya dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Suzana Mokhtar selama empat hari bermula semalam hingga 14 Februari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Disiarkan pada: February 12, 2023 @ 6:43pm
d