mutakhir

Muhammad Rizqullah sudah ditemui

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, Sabtu lalu ditemui di sebalik timbunan sampah.

Mangsa, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 10, ditemui pada 5.10 petang tadi dan usaha membawanya keluar sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa kedua yang hanyut itu ditemui kira-kira 400 meter, di bawah timbunan sampah.

"Mangs ditemukan sebelum perangkap sampah.... di bawah timbunan sampah dan batu," katanya.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini,

Seorang lagi mangsa, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 8, ditemui 6.30 petang semalam pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Disiarkan pada: February 13, 2023 @ 6:03pm
d