mutakhir

Cari pasal raba polis

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Tindakan seorang pemandu teksi mencabul anggota polis wanita ketika berada di medan selera di Lembah Keramat Taman Melawati, di sini, mengundang padah apabila ditahan semalam.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun sedang memilih makanan sebelum didatangi suspek dan mencabulnya dari belakang.

Malah suspek berusia 58 tahun itu tidak mengaku dan mendakwa kawasan itu sempit sebelum dia terus beredar dan duduk di meja makan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis yang datang ke situ dan menahan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda 10 tahun penjara atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 3:41pm
d