mutakhir

Belanjawan 2023: Perkenal cukai barangan mewah, GST tidak dilaksana [METROTV]

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya memperluaskan asas cukai kepada mereka yang lebih berkemampuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini.

"Cukai barangan mewah ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah, jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

"Segala-galanya mewah itu harus dicukai sepenuhnya," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata, GST tidak wajar dilaksana ketika ini dalam keadaan rakyat masih ramai yang susah dan inflasi makanan melebihi lima peratus serta kadar upah yang rendah.

"Maka ternyata saat ini bukan masa, ruang yang sesuai untuk memperkenalkan GST dan melaksanakannya," katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 4:38pm
d