mutakhir

Belanjawan 2023: Produk cecair, gel ada nikotin akan dicukai [METROTV]

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

"Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 4:49pm
d