mutakhir

Belanjawan 2023: RM50 juta untuk naik taraf gerai dan kiosk

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf membabitkan 3,000 gerai dan kiosk

sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, sejumlah 176 juta ringgit disediakan bagi menaik taraf

premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

Selain itu beliau berkata, agensi kerajaan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.

"Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan Tekun dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 4:54pm
d