mutakhir

Belanjawan 2023: Lebih RM200 juta pertingkat kecekapan mengurus bencana

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diperuntukkan RM150 juta untuk mempertingkatkan kecekapan mengurus bencana dan memperkemas tahap kesiapsiagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara lain peruntukan itu untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

"Prestasi pasukan penyelamat kita di Turkiye baru-baru ini amat cemerlang dan membanggakan. Kita berharap pencapaian ini dapat diterjemahkan dalam bentuk mempertingkat kecekapan mengurus bencana.

"Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA juga disediakan RM50

juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurutnya, peranan komuniti turut diperkasa sebagai kumpulan awal ketika

bencana, dengan RM20 juta disediakan di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 5:03pm
d