mutakhir

Belanjawan 2023: RM2.7 bilion untuk naik taraf jalan persekutuan

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Kerajaan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi melaksanakan penyelenggaraan kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.

Katanya, sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

" Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan

persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk

setiap daerah.

"Sejumlah RM50 juta ringgit disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan kemalangan

tinggi.

● Kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan

mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 5:11pm
d