mutakhir

Belanjawan 2023: RM1.2 bilion baiki 780 klinik, sekolah daif

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

"Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan itu yang membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata, bagi menyegerakan pelaksanaan projek itu, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sebelum ini.

Selain itu, katanya, perolehan secara cabut undi kerja pembaikan itu kepada RM200,000 berbanding RM100,000.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 5:17pm
d