mutakhir

Belanjawan 2023: Akta Insolvensi 1967 dipinda [METROTV]

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

Katanya, kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan itu.

Katanya, golongan banduan juga wajar mendapat peluang kedua. Bagi kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, banduan akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate.

"Majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan layak mendapat potongan cukai tambahan. Program Agro Penjara untuk banduan terbabitdalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa RM10 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 5:20pm
d