mutakhir

Belanjawan 2023: Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM700 [METROTV]

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan 87 kontrak pada April depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesara kerajaan turut tidak dipinggirkan apabila akan menerima RM350.

"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan 87 kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

"Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada April 2023," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, bagi menghargai pasukan mencari dan penyelamat negara dalam misi di Turkiye dan Syria, kerajaan bersetuju memberi elaun khas RM100 sehari.

"Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan," katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2023 @ 6:21pm
d